mcmc
Maklumat PEDi

Sejarah Pusat Ekonomi Digital Kg Lotong

    Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Kg Lotong dibina pada tahun 2014 dan mula beroperasi pada 16 Oktober 2015. PEDI Kg Lotong ini adalah satu-satunya PEDI yang ada di pedalaman Mukim Sepulut.

    Bangunan ini dibina di Kampung Lotong dan berhampiran dengan SK Lotong dan beberapa buah kampung yang lain iaitu Kg Panabaan, Kg Balaron, Kg Tumura, Kg Padang, Kg Kahulangu, Kg Pulungan, Kg Balaron Borok, Kg Sinsingon, Kg Manduluh dan banyak lagi.Bangunan ini dibina di tepi jalan raya utama yang memasuki kawasan Kg Lotong yang terletak di sebelah kanan dan berhampiran dengan sebuah Gereja. Kawasan tapak bangunan PEDI Kg Lotong adalah luas, rata, selamat dan strategik memudahkan lagi komuniti untuk datang berkunjung dengan selamat dan selesa untuk melayari internet di sini.