|
Tarikh : 19 September 2019 Masa : 08.00 pagi – 02.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Lotong |
Tujuan
Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan diadakan untuk :
i. Melestarikan Pusat Internet (PI) sebagai pusat ICT dan Kesihatan
ii. Mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi, MPKK, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat
iii. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
Advokasi Klik Dengan Bijak, Dashboard Komuniti, Taklimat dan Pemeriksaan Kesihatan, Taklimat Peranan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Nabawan, Mewarna Poster Kempen Kesihatan, dan Menaip Artikel.