Kampung Lotong adalah sebuah perkampungan suku kaum Murut yang terletak di pedalaman Sabah. Keindahan flora yang tumbuh sumbur di sekeliling mengindahkan dan mendamaikan lagi suasana di kawasan perkampungan ini. Selain itu, kepelbagaian agama dan bangsa menambahkan lagi keunikan di kampung ini. Antara keunikan yang boleh dilihat di kawasan kampung ini adalah dari segi produk tempatan yang dihasilkan oleh penduduk kampung kerana minat mereka yang berbeza-beza.
Antara produk tempatan yang paling terkenal di kawasan perkampungan ini ialah adat menyulam pakaian tradisional kaum Murut menggunakan manik-manik yang lebih dikenali sebagai “Baju Pinongkoloh”. Pakaian ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan kaum wanita sama ada golongan muda sehingga dewasa. Selain itu, ia boleh digunakan oleh kaum lain yang berminat memakai pakaian tersebut.
Sebilangan masyarakat di sini juga menggesek kayu-kayu yang berkualiti tinggi sebagai sumber pendapatan mereka. Hasil gesekkan ini akan dijual kepada mereka yang memerlukan untuk pembinaan rumah dan sebagainya.
Selain itu, hasil seni kraftangan masyarakat Murut di sini juga tidak ketinggalan dan sangat terkenal kerana keunikan yang ada pada produk-produk tersebut. Antara hasil seni kraftangan tersebut termasuklah anyaman tikar dengan menggunakan rotan, bakul rotan, bakul plastik, saging, tajau, nyiur, bubuh, jala, gong, dan sebagainya.
Saging rotan / Buyuung (Bahasa Murut)
Bakul plastik
Kapa (Bahasa Murut) Kalawang (Bahasa Murut)
Bubuh Rotan/Saluir (Bahasa Murut) Nyiru Rotan/Lilibuh/Tapan (Bahasa Murut)
Antara produk tempatan yang terdapat di Kampung Lotong, Mukim Sepulut.