Sekolah Kebangsaan Lotong
Pengenalan:
Sekolah ini terletak di Kampung Lotong dan berhampiran dengan Pusat Internet Kampung Lotong kira-kira 100 meter. Murid-murid yang datang ke sekolah ini adalah berasal daripada Kampung Panabaan, Kampung Tumura, Kampung Padang, Kampung Manduluh, Kampung Balaron, Kampung Kabubunut, Kampung Kahulangu, Kampung Pulungan dan juga kampung yang berhampiran dengan sekolah ini.
VISI
- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
- Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Asperasi Negara
Sesi Persekolahan
1. 1 sesi sahaja ( pagi )
2. Masa persekolahan
i) Tahap 1 ( 7.30 pagi – 12.45 tengah hari )
ii) Tahap 2 ( 7.30 pagi – 1.00 petang )
iii) Jumaat ( 7.30 pagi – 12.00 tengah hari )
3. Hari persekolahan ( Isnin – Jumaat )
Sekolah Menengah Kebangsaan Sepulut
Pengenalan:
Sekolah Menengah Kebangsaan Sepulut, sebuah sekolah di pedalaman Sabah. Sekolah ini terletak 70 km dari pekan Nabawan dan 130 km dari pekan Keningau. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 2000. Pada peringkat awal, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Lotong, Sepulut, Nabawan selama 4 tahun . Pembinaan bangunan sendiri dimulakan pada tahun 2003 di Pekan Sepulut dan siap pada tahun 2005.
Pentadbiran dan persekolahan di bangunan baru bermula pada bulan Mei 2005 hingga sekarang. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Osman Bin Aganduk ( 2001-2003). Pada tahun 2003 En. Umar Muaamat dilantik sebagai pengetua yang kedua sehingga akhir tahun 2005. Sebelum kedatangan tuan pengetua ketiga , En. Ahmud Hj. Saribin pada 24 Jan 2006, tugas pengetua dipangku oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Arina Sainal.
Bilangan guru pada awal pembukaannya pada tahun 3 orang sahaja dengan jumlah pelajar seramai 16 orang dan seorang kakitangan sekolah. Pada tahun 2006 , setelah berpindah ke bangunan rasmi sekolah sendiri jumlah pelajar telah meningkat menjadi 405 orang dengan 16 guru dan 2 kakitangan bukan mengajar.
Pada 2007, pendaftaran tingkatan 1 telah bertambah dengan mendadak dari kurang 100 orang menjadi 160 orang. Sekolah ini juga menempatkan SK Sepulut, menumpang sehingga bangunan sendiri didirikan bagi menggantikan bangunan lama yang runtuh.
MISI
- Untuk Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti Bagi SMK Sepulut, Sebagai Sebuah Sekolah Cemerlang Pembangunan Sepenuhnya Potensi Setiap Warga Sekolah
VISI
- Sentiasa Berusaha Berjaya Dan Cemerlang Dalam Semua Aspek
Nilai Murni ( Tonggak SMK Sepulut )
- AMANAH
- BERTANGGUNGJAWAB
- KOMITED
- JUJUR
- IKHLAS
- MUAFAKAT
Sesi Persekolahan
1. 1 Sesi sahaja ( Pagi )
2. Masa persekolahan ( 7.30 pagi – 1.50 petang )
3. Hari persekolahan ( Isnin – Jumaat )