SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG LOTONG, MUKIM SEPULUT
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Lotong merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
PEDi Kampung Lotong mula beroperasi pada 16 Oktober 2015, dengan kerjasama Tuan Tanah iaitu Encik William Bin Ensim yang merupakan penduduk asal Kampung Lotong. Pusat Internet Kampung Lotong merupakan Pusat Internet yang pertama ditubuhkan di Kampung Lotong, Mukim Sepulut. Selain itu, ia merupakan salah satu daripada PEDi Fasa 1 Extension yang ada di Daerah Nabawan, Sabah.
Sebanyak 20 buah komputer yang telah disediakan di dalam PEDi Kampung Lotong. Sebanyak 10 buah komputer disediakan di bilik latihan untuk kelas komputer dan kelas latihan. Manakala, 10 buah komputer lagi disediakan untuk kegunaan harian dan kemudahan orang ramai.
OBJEKTIF PENUBUHAN :
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ::
Pusat Internet Kampung Lotong menawarkan latihan ICT secara percuma kepada pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
- Pengenalan asas internet
- Asas internet
- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
- Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
- Latihan Keusahawanan
JUMLAH KEAHLIAN :
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Lotong telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2015. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :
AHLI LAMA |
694 orang |
AHLI BARU BULAN DISEMBER 2023 |
1 orang |
KESELURUHAN PADA DISEMBER 2023 |
706 orang |
KENALI PETUGAS PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) :
Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami :
PENGURUS
Nama : Midyanna Binti Mamut
Mula berkhidmat : 01 Februari 2015
Emel : midyanna@pedi.my
PENOLONG PENGURUS
Nama : Marshielania William
Mula berkhidmat : 08 April 2022
Emel : marshielania@pedi.my