mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

LOKASI

 

     Kampung Lotong ialah sebuah perkampungan kecil yang didiami oleh Kaum Murut yang terletak di Mukim Sepulut, Pensiangan. Kampung ini adalah dibawah pentadbiran Daerah Nabawan, Sabah.

 

     Kawasan perkampungan ini terletak jauh daripada bandar. Namun demikian,dengan kemajuan yang serba ada, jalan raya yang telah dibina memudahkan lagi pergerakan penduduk kampung ini ke bandar. Selain itu, dengan kenderaan yang dimiliki masing-masing, penduduk kampung di kawasan ini lebih selesa dan selamat bergerak ke destinasi yang dituju terutamanya ke kawasan bandar melalui jalan darat iaitu jalan raya besar yang dibina oleh pihak kerajaan. Antara destinasi yang sering dikunjungi oleh penduduk kampung ini adalah ke Bandar Kota Kinabalu, Bandar Keningau, Pekan Tenom dan ke Pekan Nabawan. Jarak di antara Pekan Nabawan daripada Kampung Lotong ialah kira-kira 50 km. Manakala, jarak ke Bandar Keningau ialah kira-kira 122 km.

 

     Kawasan perkampungan ini didiami oleh kebanyakan suku  kaum yang berbangsa Kaum Murut. Hampir 90% adalah berbangsa Murut dan 10% adalah berbangsa lain-lain hasil daripada perkahwinan campur. Agama dan kepercayaan penduduk kampung di sini ialah Agama Kristian dan Agama Islam.

 

     Bentuk muka bumi kawasan kampung ini adalah berbukit-bukau, bergunung-ganang dan dikelilingi oleh hutan tebal yang menambahkan lagi pemandangan dan suasana indah dan damai di kawasan perkampungan ini. Kawasan kampung ini juga dikelilingi oleh Sungai Talangkai yang mengalir dan bergabung ke Sungai Panabaan, Sungai Panawan serta ke Sungai Sepulut. Sungai ini merupakan sumber utama penduduk kampung Lotong untuk mencari rezeki dan sebagainya.

 

     Kampung Lotong, Mukim Sepulut juga berhampiran dengan Daerah kecil Pagalungan dan Pensiangan yang boleh dihubungi melalui jalan darat dan jalan sungai. Kawasan perkampungan ini juga berhampiran dengan jalan Ke Sepulut, Agis yang boleh dilalui ke Mansalong melalui jalan Sungai Salung.


 
 
   

   Peta Lokasi Kedudukan Kampung Lotong, Mukim Sepulut

  

 

POPULASI PENDUDUK :

Berdasarkan bancian pada tahun 2017 populasi penduduk Kampung Lotong adalah seperti berikut:

Bilangan penduduk570 orang

 

Pecahan Bilangan Penduduk :

 

Jantina :

 

 

JANTINA

 

JUMLAH KESELURUHAN

Lelaki

214

Perempuan

356

 JUMLAH

 570

 

Umur :

UMUR

JANTINA

JUMLAH KESELURUHAN

LELAKI

PEREMPUAN

60 tahun & ke atas

4

5

9

40 – 59 tahun

30

40

70

18 – 39 tahun

70

180

250

13 – 17 tahun

40

50

90

7 –  12 tahun

40

50

90

0 – 6 tahun

30

31

61

JUMLAH

214

356

570

 

Bangsa :

BANGSA

JANTINA

JUMLAH KESELURUHAN

Lelaki

Perempuan

Murut

200

339

539

Dusun

10

12

22

Lain-lain

4

5

9

JUMLAH

214

356

570

 

Pekerjaan Penduduk :

PEKERJAAN PENDUDUK

JUMLAH KESELURUHAN

Penjawat Awam

20

Penjawat Swasta

30

Petani / Penternak

35

Usahawan / Peniaga

10

Perkhidmatan kerja kampung

45

Lain-lain

430

JUMLAH

570

 

 Agama dan Kepercayaan :

 

AGAMA & KEPERCAYAAN

 

 

JUMLAH KESELURUHAN

Agama Kristian

540

Agama Islam

30

Lain-lain

0

JUMLAH

570

 

 

 

KAWASAN PILIHANRAYA

 

     I)  AHLI PARLIMEN ( P.182 PENSIANGAN )

 

         

         YB Datuk Arthur Joseph Kurup

 

         

         

 

 

 

     II)  AHLI DUN ( N.46 NABAWAN )

           

          

        YB Datuk Abd. Ghani Mohd. Yassin