Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-3) sehingga 28 April 2020, maka Pusat Internet (PI) dan WIFI Komuniti (WK) akan ditutup sepanjang tempoh PKP-3 bagi memastikan kawalan pergerakan di seluruh negara diperketatkan. Keputusan untuk menutu PI dan WK adalah sejajar dengan Perintah Kawalan ini yang dibuat di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar syarikat telekomunikasi akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, untuk digunakan di antara pukul 8 pagi sehingga pukul 6 petang, bermula 1 April 2020 dan akan berkuatkuasa sepanjang tempoh PKP. Justeru, diharap komuniti setempat akan menggunakan internet percuma ini dengan sebaik mungkin.
#Dudukdirumah
#Pusatinternetdihatiku
#Covid19
#Perintahkawalanpergerakan
#Kitajagakita