mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan September 2022

Tarikh      : 18 September 2022

Masa       : 8:00 am- 5:00 pm

Tempat    : Perkarangan Pentas Terbuka         

                   Nabawan

Tujuan

Aktiviti yang dijalankan ialah Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama orang ramai tidak kira dalam kalangan muda atau tua yang dianjurkan oleh Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia.

Aktiviti

Program Klik Dengan Bijak ini diadakan bersama dengan program semarak uniti keluarga malaysia yang dilibatkan oleh ramai penduduk atau peserta dari kalangan muda atau tua dari setiap kampung. Selain itu,program tersebut sangat-sangat disambut meriah oleh para penduduk tempatan yang dimana ramai mengunjungi pameran Pusat Ekonomi Digital Keluarga. Antara aktiviti yang dipamerkan seperti menjadi keahlian Pedi, bermain kuiz mengenai klik dengan bijak, memperkenalkan maksud Klik Dengan Bijak kepada para pengunjung. Bukan sahaja itu, Para pengunjung juga akan diberikan artikel yang berkaitan Pedi, Klik dengan bijak dan sebagainya ini dilakukan agar para pengunjung mengetahui bahwa betapa pentingnya kita mengetahui cara penggunaan internet yang positif berdasarkan aspek keselamatan, kewaspadaan dan juga tanggungjawab yang mengutamakan diri sendiri dalam menangani masalah penyalahgunaan internet kerana pada masa sekarang banyak sumber yang tidak sahih di internet.

Klik Gambar Disini