|
Tarikh : 2hb – 27hb Ogos 2021 Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari / 2.30 petang – 4.30 petang Tempat : PIK Kg Lotong |
Tujuan
Kelas ICT diadakan dan disertai oleh pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam bidang ICT.
Aktiviti
Para peserta diberi latihan menaip untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka dalam mempelajari Microsoft Office seperti Word dan PowerPoint. Aktiviti Klik Dengan Bijak diadakan untuk mendidik para pelajar dan komuniti agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Selain itu, kelas Word Search Puzzles juga diadakan untuk menguji pemahaman dan kepantasan peserta untuk mencari perkataan dalam kotak Puzzles yang disediakan secara online. Peserta juga dilatih mewarna secara online.