Tarikh : 02 Oktober – 30 Oktober 2023 Masa : 8:30 pagi – 4:30 petang Tempat : PEDI Kg Lotong |
Tujuan
Kelas ICT ini diadakan bagi pelajar dari sekolah rendah dan juga sekolah menengah untuk menyertai aktiviti-aktiviti agar dapat meningkatkan lagi pengetahuan serta kemahiran mereka dalam bidang ICT, Bagi kelas keusahawan pula terdiri daripada remaja dan juga usahawan-usahawan
Aktiviti
Latihan bagi kelas usahawan ini dibuat bagi memudahkan usahawan-usahawan meningkatkan kemahiran yang ada disekitar Mukim Sepulut, selain itu kelas STEM (Asas Binaan ) diadakan dan disertai oleh pelajar sekolah rendah. Latihan menaip juga amatlah penting untuk para peserta agar mengetahui penggunaan Words dan meningkatkan pengetahuan. Klik dengan bijak juga disertai oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah agar mereka mengetahui cara penggunaan media sosial. Perniagaan secara online juga penting dikalangan usahawan-usahawan di mukim sepulut ini.