|
Tarikh : 10hb – 23hb Jun 2022 Masa : 2.30 petang – 4.30 petang Tempat : PEDi Kg Lotong |
Tujuan
Kelas ICT diadakan dan disertai oleh pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam bidang ICT.
Aktiviti
Kelas keusahawanan diadakan untuk meningkatkan kemahiran pada setiap usahawan sekitar Mukim Sepulut. Selain itu, Kelas Pengenalan Kepada Pencetak juga diadakan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam bidang ICT dan cara menggunakan pencetak tersebut. Aktiviti Klik Dengan Bijak untuk mendedahkan para pelajar dan komuniti agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Seterusnya, Permainan online seperti Words Search Puzzles juga diadakan untuk menguji pemahaman dan kepantasan para peserta untuk mencari perkataan dalam kotak Puzzles.