mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN JANUARY 2025

Tarikh: 08 – 28 Januari 2025
Masa: 2:30 PM – 4:30 PM
Tempat: NADI Kg. Lotong

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan awal tahun kepada peserta tentang kepentingan celik teknologi dan memulakan tahun 2025 dengan kemahiran ICT dan keusahawanan yang lebih mantap.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan:

  • Kelas asas komputer: pengenalan kepada fungsi utama komputer & perisian
  • Latihan membuat e-mel, serta menggunakannya untuk pendaftaran dan komunikasi rasmi

Peserta diberi latihan praktikal untuk membiasakan diri dengan penggunaan teknologi secara efisien.