mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 4 2019

Keusahawanan – Pn. Binuou Binti Antaim

Nama  :  Binuou Binti Antaim

Ahli     :  2019

 

Latar Belakang

Puan Binuou merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mengisi masa lapang dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2000 dan menjual di sekitar kampung terdekat dan di Tamu Kg. Sinsingon, Sepulut pada setiap hari Jumaat.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Binuou menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM15.00 – RM40.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan MyShop yang terdapat di dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM50.00 – RM100.00 sebulan.

 

Keusahawanan – Pn. Amubar Binti Akor

Nama  : Amubar Binti Akor

Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Puan Amubar mula menceburi bidang menyulam pakaian tradisional kaum Murut sejak tahun 2015. Beliau menjual produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar kampung. Beliau juga mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Amubar tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet.Pendapatan bulanan hanya sekitar RM50.00 – RM100.00 sahaja. Jumlah pelanggan bulanan beliau hanya seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet,. Beliau memiliki WhatsApp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00 – RM250.00 sebulan.

 

Celik ICT

Nama  : Marcha Binti Markus

Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

Adik Marcha merupakan pelajar di SMK Sepulut. Sebelum ada Pusat Internet, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di Pi Kg Lotong, pengetahun adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Marcha mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Kini adik Marcha tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PI Kg Lotong. Adik Marcha boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton youtube dan melayari internet.