mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 4 2018

Keusahawanan – Pn. Julita Binti John

Nama  : Julita Binti John

Ahli     : 2017

 

Latar Belakang

Puan Julita Binti John merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mengisi masa lapang dengan menjual keladi di sekitar kampung. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2017. Beliau menjual keladi di Tamu Sepulut pada setiap hari Jumaat dan di kawasan kampung yang berdekatan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20.00-RM50.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM50.00-RM150.00.

 

Keusahawanan – Cik Linda Binti Ensim

Nama  :  Linda Binti Ensim

Ahli     :  2015

 

Latar Belakang

Cik Linda Binti Ensim menceburi bidang membuat dan menyulam pakaian tradisional kaum Murut sejak tahun 2015. Beliau menjual produk secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut. Beliau juga mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50.00-RM100.00 sebulan. Jumlah pelanggan bulanan beliau adalah seramai 2 sehingga 3 orang sahaja. Produk dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI Kg Lotong, beliau kini memiliki WhatsApp yang membantu memasarkan produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk beliau mendapat sambutan komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM200.00-RM250.00 sebulan. Beliau juga kini pandai memasarkan produk beliau melalui aplikasi Myshop yang terdapat dalam Dashboard Komuniti.

 

Celik ICT

Nama  :  Syazlynna Sulaiman

Ahli     : 2015

 

Latar Belakang

Syazlynna merupakan pelajar SMK Sepulut. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Lotong, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Tetapi sejak kewujudan PI Kg Lotong adik ini pandai menggunakan komputer dan melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Syazlynna mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, adik Syazlynna tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint dan juga pandai menonton youtube dan melayari internet.