mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 4 2017

Keusahawanan – Pn. Linarot Taluh

Nama  :  Linarot Taluh

Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

Peniaga kecil-kecilan Baju Pinongkoloh Kaum Murut

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Puan Linarot Taluh atau lebih dikenali sebagai Sinah Talu di kalangan penduduk kampung mula menceburi bidang menjahit dan menyulam pakaian tradisional kaum murut sejak 2014. Beliau menjual dan mengambil tempahan secara lisan dalam kalangan ahli keluarga terdekat.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Selepas mebgikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di PI1M Kg Lotong, beliau kini pandai menggunakan komputer dan dapat mempromosikan jualan melalui aplikasi WhatsApp ddan MyShop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti PI1M.

 

Keusahawanan – Pn. Nawati Binti Kimbit

Nama  :  Nawati Binti Kimbit

Ahli     :  2017

 

Latar Belakang

Peniaga kecil-kecilan Kraftangan Manik

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Puan Nawati Binti Kimbit ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mengisi masa lapang dengan membuat kraftangan daripada manik-manik yang beraneka warna dan saiz dan mula menceburi bidang ini sejak pada tahun 2015. Beliau menjual kraftangan secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut serta mengambil tempahan dan menjual produk secara lisan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pi1M Kg Lotong, beliau kini pandai menggunakan komputer dan dapat mempromosikan jualan melalui aplikasi WhatsApp dan MyShop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti PI1M.

 

Celik ICT

Nama  :  Firdaus Ali

Ahli     :  2016

 

Latar Belakang

Firdaus Ali bersekolah di SMK Sepulut dalam kelas Pendidikan Khas kerana agak lambat dalam pembelajaran dan pemegang kad OKU. Walaupun telah melangkah ke sekolah menengah namun adik ini belum mampu untuk mengeja namanya dengan betul dan tidak pandai membaca. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas ICT di PI1M Kg Lotong, adik ini tidak mempunyai sebarang asas menggunakan komputer kerana tinggal jauh daripada kemudahan-kemudahan seperti yang ada di Pi1M Kg Lotong. Walaupun adik ini golongan istimewa akan tetapi beliau tidak malu untuk bertanya dan terus bertanya walaupun kadang-kadang adik ini sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya pertanyaan yang diutarakan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan Pi1M

Apabila menjadi seorang ahli Pi1M, ahli tersebut mestilah menghafal nombor kad pengenalan untuk memudahkan ahli mengakses internet, hal yang sama terjadi pada adik ini. Pada mulanya, adik ini langsung tidak dapat mengingati nombor kad pengenalan sendiri. Setiap kali datang ke Pi1M, adik ini menghadapi masalah memasukkan nombor kad pengenalan, namun atas inisiatif petugas yang tidak henti-henti mengajar adik ini mampu menghafal nombor kad pengenalannya.

Selain itu, adik ini juga sukar memberi perrhatian dalam setiap kelas ICT lalu petugas mengajar untuk bermain permainan seperti mewarna, mengenal huruf dan imej. Hal ini amat membantu adik ini mengenali komputer dan mampu untuk mencari sendiri permainan dan video dalam youtube.

Walaupun tidak pantas dalam mempelajari sesuatu tetapi perubahan positif adik ini amat menggalakkan.