Keusahawanan – Pn. Ridani Kikian
Nama : Ridani Kikian Ahli : 2019 |
Latar Belakang
Puan Ridani merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mengisi masa lapang dengan menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2018 dan menjual di sekitar kampung terdekat dan di Tamu Kg. Sinsingon, Sepulut pada setiap hari Jumaat.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Ridani menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM15 – RM 50 sebulan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keussahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan MyShop yang terdapat di dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM50 – RM100 sebulan.
Keusahawanan – Pn. Mumul Binti Amual
Nama : Mumul Binti Amual Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Puan Mumul merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mengisi masa lapang dengan menanam dan menjual lada. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2017 dan menjual di sekitar kampung terdekat dan di Tamu Kg. Sinsingon, Sepulut pada setiap hari Jumaat.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Mumul menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM15 – RM30 sebulan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dengan dibantu oleh cucunya dan MyShop yang terdapat di dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM50 – RM100 sebulan.
Celik ICT
Nama : Ermawatie Binti Mair Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Adik Ermawatie merupakan pelajar di SMK Sepulut. Sebelum ada Pusat Internet, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan melayari internet.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di Pi Kg Lotong, pengetahun adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Ermawatie mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kini adik Ermawatie tahu menggunakan komputerr setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PI Kg Lotong. Adik Ermawatie boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik ini juga boleh melayari internet dan melihat drama atau mendengar lagu di youtube.