mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 3 2018

Keusahawanan – Pn. Suhailah Binti Surumping

Nama  :  Suhailah Binti Surumping

Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

Puan Suhailah Binti Surumping merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mengisi masa lapang dengan menjual kuih-muih di sekitar kampung. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2015. Beliau menjual kuih-muih di Tamu Sepulut, kawasan kampung yang berdekatan dan di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan beliau semakin meningkat setiap bulan.

 

Keusahawanan – Cik Midyannie Binti Mamut

Nama  :  Midyannie Binti Mamut

Ahli     :  2015

 

Latar Belakang

Cik Midyannie adalah seorang belia yang sedang mencari pekerjaan. Beliau mengisi masa lapang dengan membuat Susukur dan Sisitan yang dibuat daripada kayu dan manik-manik yang beraneka warna dan saiz. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2016. Beliau menjual Susukur dan Sisitan secara kecil-kecilan di sekitar kampung serta mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau menjual dan mempromosi barangan jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet dengan baik. Beliau kini pandai mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Produk yang dihasilkan mendapat sambutan daripada komuniti sekitar.

 

Celik ICT

Nama  :  Farzlie Gantang @ Ali

Ahli     :  2016

 

Latar Belakang

Farzlie Gantang @ Ali merupakan pelajar Sk. Lotong, Sepulut. Sebelum mengikuti kelas ICT, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Kg. Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer memang tidak ada. Selain itu, adik ini juga tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan keselamatan penggunaan internet. Oleh itu, adik ini mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, adik ini tahu menggunakan komputer dan rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan di Pusat Internet Kg. Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan sedikit sebanyak boleh menaip. Selain itu, adik ini juga pandai mencari video di youtube dan mewarna online.