KISAH KEJAYAAN SUKU 3 TAHUN 2017
CELIK ICT
|
Nama : Nizlan Philip Ahli : 2015 |

Nizlan Philip merupakan pelajar lepasan SMK Sepulut.Sebelum mengikuti kelas ICT,tahap pengetahuan beliau adalah pada tahap sederhana.Selepas mengikuti kelas ICT,beliau kini pandai dan berkebolehan menggunakan komputer dan mahir menggunakan Microsoft Word,Microsoft Excel,Microsoft Powerpoint, melayari internet,dan sebagainya.
USAHAWAN (PENIAGA KECIL-KECILAN SAGING,KALAWANG,DAN KAPA)
|
Nama : Jaunah Indun Ahli : 2016 |

Puan Jaunah Indun merupakan usahawan kecil-kecilan membuat Saging,Kalawang,dan Kapa daripada rotan dan tali plastik.Pada mulanya, beliau menjual produk secara lisan dan menjual di Tamu berdekatan sahaja.Selepas mengikuti kelas keusahawanan yang dibimbing oleh Pi1m Kg Lotong,beliau kini boleh mempromosi dan menjual produk beliau melalui aplikasi whatsApp.Produk beliau semakin dikenali oleh orang ramai.
USAHAWAN (PENIAGA KECIL-KECILAN SISITAN/SUSUKAN)
|
Nama : Jefeyani Ukang Ahli : 2016 |

Puan Jefeyani Ukang merupakan usahawan kecil-kecilan membuat Sisitan atau Susukan yang diperbuat daripada kayu nipis dan manik-manik yang bermacam-macam warna dan saiz.Sebelum menghadiri kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pi1m Kg Lotong,produk beliau hanya dikenali dan dibeli oleh keluarga terdekat sahaja.Selepas mendapat bimbingan Pi1m Kg Lotong,beliau kini pandai dan berkebolehan mempromosi produk beliau melalui facebook dan aplikasi whatsApp.