Celik ICT
Nama : Christifanie Binti Salipang @ Lipang Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Adik Christifanie merupakan pelajar SMK Sepulut. Sebelum mengikuti kelas ICT, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Adik ini tinggal berhampiran dengan PIK Kg Lotong iaitu kira-kira 3 minit sahaja untuk sampai ke PIK Kg Lotong. Oleh kerana tinggal berhampiran dengan PIK Kg Lotong, adik Christifanie menggunakan peluang yang ada untuk terus berkunjung ke PIK Kg Lotong untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan dan aktif melibatkan diri mengikuti aktiviti yang diadakan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK
Sebelum mengikuti kelas ICT di PIK Kg Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Christifanie mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK
Kini, adik Christifanie tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PIK Kg Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton youtube, melayari internet, menggunakan aplikasi canva.com, mewarna online, menggunakan aplikasi Word Search Puzzles secara online dan menggunakan aplikasi Uptoten game yang berunsurkan pendidikan.
Keusahawanan – Pn. Jefeyani Binti Ukang
Nama : Jefeyani Binti Ukang Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Puan Jefeyani mula menceburi bidang membayung dan menanam pokok bunga sejak tahun 2020. Beliau menjual produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut. Beliau juga mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK
Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20.00-RM50.00 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg. Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet. Beliau memiliki whatsapp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00-RM150.00 sebulan.