Keusahawanan – Pn. Saini Binti Ensim
|
Nama : Saini Binti Ensim Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Puan Saini Binti Ensim merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mengisi masa lapang dengan menjual saging di sekitar kampung. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2015. Beliau mengambil tempahan dan menjual saging di sekitar Kg Lotong.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM15.00-RM30.00.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI Kg Lotong, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan MyShop yang terdapat di dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan beliau kini mencecah RM50.00-RM100.00 sebulan. Kini, produk beliau mula dikenali oleh penduduk Mukim Sepulut.
Keusahawanan – Pn. Norhalizah Senso
|
Nama : Norhalizah Senso Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Puan Norhalizah Senso mula menceburi bidang menyediakan perkhidmatan menyediakan Susukan daripada manik-manik kaum Murut sejak tahun 2016. Beliau menjual produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar Kg Lotong. Beliau juga mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50.00-RM100.00 sahaja. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet. Beliau memiliki WhatsApp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan kini mencecah RM100.00-RM150.00 sebulan.
Celik ICT
|
Nama : Anirah Anduhut Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Adik Anirah merupakan pelajar SMK Sepulut. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Lotong, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Tetapi, sejak kewujudan PI Kg Lotong, adik ini pandai menggunakan komputer dan melayari internet.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Anirah mengambil peluang mengikutii kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Kini, adik Anirah tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PI Kg Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word, Microsoft PowerPoint, melayari internet dan pandai menonton youtube.