Keuasahawanan : Puan Riedreeni Binti Ambiang
|
NAMA : PUAN RIEDREENI BINTI AMBIANG |
Latar belakang
Puan Riedreeni Binti Ambiang mula menceburi bidang membuat Kek, dengan menggunakan bahan-bahan seperti tepung kek, pewarna kek, perisa yang pelbagai dan lain-lain Beliau mempromosi produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar kampung sahaja. Beliau juga mengambil tempahan daripada orang ramai mengikut harga yang ditetapkan. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang baik dari komuniti setempat kerana mampu menyiapkan produk dengan cepat dan menghasilkan produk dengan harga mampu milik. Produk yang dihasilkan sangat memuaskan hati pelanggan kerana rekaannya yang cantik dan pembuatan kek yang kemas dan sedap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi
Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM15.00-RM30.00 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pedi Kg. Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet. Beliau memiliki whatsapp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00-200.00 sebulan.