mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 1 2021

Celik ICT

Nama  :  Jefeyunah Binti Ukang

Ahli     :  2019

Latar Belakang

Adik Jefeyunah merupakan pelajar SMK. Sepulut. Sebelum mengikuti kelas ICT di PIK Kg Lotong, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Tetapi, sejak kewujudan PIK Kg Lotong, adik ini kini pandai menggunakan komputer dan melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK

Sebelum mengikuti kelas ICT di PIK Kg Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Jefeyunah mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK

Kini, adik Jefeyunah tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PIK Kg Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton youtube dan melayari internet.

Keusahawanan – Pn. Lilah Binti Ganit

Nama  : Lilah Binti Ganit

Ahli     : 2018

Latar Belakang

Puan Lilah mula menceburi bidang menjual sayur-sayuran di kawasan kampung sejak tahun 2018. Beliau menjual produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut. Beliau juga mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK

Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50.00-RM100.00 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg. Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet. Beliau memiliki whatsapp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00-RM150.00 sebulan.

Keusahawanan – Pn. Tujoh Binti Philip

Nama  : Tujoh Binti Philip

Ahli     : 2015

Latar Belakang

Puan Tujoh mula menceburi bidang membayung dan menanam pokok bunga sejak tahun 2019. Beliau menjual produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut. Beliau juga mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.