mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 1 2020

Keusahawanan – Pn. Siti Barumpul

Nama  : Siti Barumpul

Ahli     : 2019

 

Latar Belakang

Puan Siti mula menceburi bidang menyulam pakaian tradisional kaum Murut sejak tahun 2016.Beliau menjual produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut. Beliau juga mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50.00-RM100.00 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI Kg. Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet. Beliau memiliki whatsapp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00-150.00 sebulan.

 

 

Keusahawanan – Pn. Cosanarianawaty Philip

Nama  :  Cosanarianawaty Philip

Ahli     :  2015

 

Latar Belakang

Puan Cosna adalah seorang suri rumah sepenuh masa.Beliau mengisi masa lapang dengan membuat Susukur daripada manik-manik yang bermacam-macam warna dan saiz.Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2017. Beliau menjual Susukur secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut serta mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau menjual dan mempromosi barangan jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM35.00-RM100.00 sebulan.Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 4 orang sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI Kg. Lotong, beliau kini pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet dengan baik. Beliau kini boleh mempromosi jualan melalui whatsapp dan kemudahan MyShop yang terdapat di dalam aplikasi Dashboard Komuniti.Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat perhatian dan minat daripada komuniti sekitar. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00-200.00 sebulan.

 

Celik ICT

Nama  :  Fyera Anne Stephanie Bruno

Ahli     :  2016

 

Latar Belakang

Adik Fyera merupakan pelajar SK. Lotong. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Lotong, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Sejak kewujudan PI Kg Lotong, adik ini kini pandai menggunakan komputer dan melayari internet.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Fyera mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, adik Fyera tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PI Kg Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton youtube dan melayari internet.