mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 1 2019

Keusahawanan – Pn. Martina Tambuloi

Nama  : Martina Tambuloi

Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

Puan Martina Tambuloi merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mengisi masa lapang dengan menjual kuih muih di sekitar kampung. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2014. Beliau menjual kuih muih di Tamu Sepulut pada setiap hari Jumaat dan di kawasan kampung yang berdekatan dan juga di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Puan Martina menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20.00-RM30.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM50.00-RM100.00.

 

Keusahawanan – Pn. Tamu Binti Aningkai

Nama  : Tamu Binti Aningkai

Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Puan Tamu Binti Aningkai merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau mengisi masa lapang dengan menjual pokok keladi dan bibit pokok keladi di sekitar kampung. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Puan Tamu menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20.00-RM30.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini dapat mempromosi jualan melalui aplikasi WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM50.00-RM100.00 sebulan.

 

Celik ICT

Nama  :  Armah Kennedy

Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Armah merupakan pelajar SMK Sepulut. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Lotong, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Tetapi, sejak kewujudan PI Kg Lotong adik ini pandai menggunakan komputer dan melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Lotong pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, Armah mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Kini, adik Armah tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PI Kg Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton youtube dan melayari internet.