mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU 2 TAHUN 2017

CELIK ICT

  

Jabilah Ronah ialah pelajar SMK Sepulut.Sebelum mengikuti kelas komputer di Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau mempunyai tahap pengetahuan ICT yang sederhana sahaja.Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer dan kurang mahir mencari maklumat di internet.Selepas aktif mengikuti kelas-kelas yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau kini mahir menggunakan komputer dan pandai mencari maklumat di internet dan juga berhubung dengan rakan-rakan melalui facebook,dan sebagainya.

 

USAHAWAN (PENIAGA BUNGA MANIK)

  

Puan Nuridawaty Binti Parisah merupakan usahawan kecil-kecilan membuat bunga manik,menghias tudung saji,dan membuat bakul tali plastik.Pada mulanya,beliau mempromosi produk secara lisan sahaja.Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau kini pandai dalam bidang ICT dan boleh menggunakan facebook dan whatsApp untuk mempromosi produk beliau.

 

USAHAWAN (PENIAGA KRAFTANGAN DOMPET PLASTIK)

  

Puan Tujoh Binti Philip merupakan usahawan kecil-kecilan kraftangan dompet plastik.Pada mulanya,Beliau kurang mahir menggunakan perisian komputer dan kurang mahir melayari internet.Beliau hanya tahu mempromosi produk secara lisan sahaja terutamanya kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.Selepas mendapat bimbingan Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau kini pandai menggunakan perisian komputer dan melayari internet.Beliau juga kini berkebolehan mempromosi produk melalui whatsApp,facebook,emel,dan sebagainya.

 

KISAH KEJAYAAN SUKU 1 TAHUN 2017

CELIK ICT

  

Rozzilawanie John merupakan pelajar SMK Sepulut.Sebelum beliau mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau didapati kurang mahir menggunakan perisian Komputer dan kurang mahir dalam melayari internet.Hasil bimbingan petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau kini  mahir menggunakan Microsoft Word,Microsoft Excel,PowerPoint,dan sebagainya. Beliau juga kini pandai melayari internet dengan baik dan boleh menggunakan komputer memudahkan lagi beliau menyiapkan kerja-kerja sekolah.Beliau juga kini mempunyai facebook,whatsApp,dan emel.

 

USAHAWAN (PENIAGA KECIL-KECILAN CENDAWAN TIRAM)

  

Puan Mathyilda Binti Matusin merupakan usahawan kecil cendawan di sekitar Mukim Sepulut,Nabawan.Sebelum menghadiri kelas keusahawanan dan kelas komputer yang diadakan,beliau didapati kurang mahir menggunakan komputer dan sekali gus tidak tahu mempromosi produk beliau di laman sesawang.Produk beliau hanya dikenali di sekitar Mukim Sepulut sahaja.Selepas mengikuti kelas keusahawanan dan kelas komputer yang dijalankan, beliau kini mempunyai facebook,emel, dan juga whatsApp yang membantu beliau memasarkan produk-produk di laman sesawang dengan mudah,cepat,dan berkesan.Kini,perniagaan beliau dikenali ramai seperti mendapat tempahan daripada daerah Nabawan,Sook,Pagalungan, dan lain-lain.

 

USAHAWAN (PENIAGA KECIL-KECILAN CHEESE KEK)

  

Puan Luzinda Jarmie merupakan usahawan kecil yang menjual cheese kek di sekitar Mukim Sepulut,Nabawan.Sebelum menghadiri kelas keusahawanan dan kelas komputer yang diadakan,beliau didapati tidak mahir menggunakan komputer dan tidak tahu mempromosi produk beliau di laman sesawang.Produk beliau hanya dikenali di sekitar Mukim Sepulut.Selepas menghadiri kelas keusahawanan dan kelas komputer beliau kini memiliki facebook,emel, dan whatsApp yang sangat membantu beliau untuk memasarkan produk-produk beliau secara mudah dan berkesan melalui laman sesawang.Produk beliau dikenali secara meluas di daeran Nabawan,Pagalungan,Sook,dan Keningau.

 

KISAH KEJAYAAN SUKU 3 TAHUN 2016

CELIK ICT

  

Nazimah Antakin merupakan pelajar SMK Sepulut.Sebelum menghadiri kelas komputer,beliau didapati tidak mahir menggunakan komputer dan kurang mahir melayari internet.Beliau didapati tidak mahir menggunakan Microsoft Word,Microsoft Excel dan PowerPoint.Selepas mendapat bimbingan petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau kini boleh melayari internet dengan baik dan boleh membuat rujukan di laman sesawang.Kebolehan beliau menggunakan komputer memudahkan lagi kerja-kerja sekolah beliau disiapkan dengan baik.

 

USAHAWAN (PENIAGA RUNCIT)

  

Puan Elin Ensim merupakan peniaga runcit kecil-kecilan di Kg Lotong.Beliau menceburi bidang ini lebih dari 7 tahun.Beliau hanya berniaga di sekitar Kg Lotong.Selepas menghadiri kelas komputer dan kelas keusahawanan yang dijalankan,beliau kini aktif menjalankan perniagaan secara online dan offline melalui facebook dan whatsApp untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau.Beliau kini terkenal berniaga di seluruh Mukim Sepulut dan daerah Nabawan.Perniagaan beliau dikenali sebagai syarikat “Kuminam Sumingkot Enterprise”.Pelbagai barang-barang yang dijual di sini seperti barang basah dan barang tidak basah,perkhidmatan menukar tong gas, menyual minyak kenderaan dan lain-lain perkhidmatan.Beliau juga merupakan salah seorang EBB Bank Simpanan Nasional di sekitar Kg Lotong,Mukim Sepulut.Mereka yang ingin mengeluarkan wang boleh datang ke kedai beliau.

 

USAHAWAN (BAJU PINONGKOLOH KAUM MURUT)

  

Puan Rieana Anjun merupakan usahawan secara kecil-kecilan yang menyediakan perkhidmatan menjual dan menyewa baju tradisional kaum murut iaitu Baju Pinongkoloh.Sebelum menghadiri kelas komputer dan kelas keusahawanan yang dijalankan,beliau didapati tidak mahir menggunakan komputer dan tidak mahir melayari internet.Selepas menghadiri kelas kompuiter dan kelas keusahawanan yang dijalankan,beliau kini mahir menggunakan komputer dan boleh melayari interenet dengan baik.Beliau kini boleh menjual produk beliau melalui laman sesawang iaitu melalui facebook dan whatsApp.


KISAH KEJAYAN SUKU 2 TAHUN 2016

CELIK ICT

  

Sofia Ronah merupakan pelajar SMK Sepulut dan salah seorang ahli yang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong.Sebelum mengikuti kelas komputer,tahap penguasaan beliau adalah tidak mahir.Selepas mengikuti kelas-kelas komputer yang dijalankan,beliau kini mahir dalam penggunaan komputer seperti Microsoft Word,Microsoft Excel,PowerPoint,dan juga beliau boleh melayari internet dengan baik.Beliau kini  boleh melayari youtube,facebook,emel dan lain-lain.Kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong memudahkan lagi beliau mencari maklumat dan bahan rujukan serta memudahkan beliau menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan.Beliau juga aktif mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong.

 

USAHAWAN (MENGANYAM BAKUL TALI PLASTIK)

  

Puan Miis Binti Dipin merupakan usahawan secara kecil-kecilan yang  menganyam bakul plastik.Selain menjual bakul plastik,beliau juga menjual dan menyediakan tempahan produk lain seperti menganyam saging yang dibuat daripada rotan dan tali plastik.Sebelum mengikuti kelas keusahawanan dan kelas komputer yang dijalankan beliau didapati tidak mahir menggunakan komputer dan melayari internet.Hasil bimbingan petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau kini serba boleh menggunakan komputer dan melayari internet.Beliau kini boleh mempromosi produk beliau melalui facebook dan whatsApp.Produk beliau kini dikenali ramai dan mendapat tempahan daripada orang ramai di sekitar Mukim Sepulut dan juga daerah Nabawan.

 

USAHAWAN (BAJU PINONGKOLOH KAUM MURUT)

  

Puan Masrinah Lauk merupakan usahawan secara kecil-kecilan yang menyediakan perkhidmatan menyulam dan menjahit baju tradisional iaitu Baju Pinongkoloh Kaum Murut bagi kaum lelaki dan kaum perempuan.Sebelum menghadiri kelas komputer dan kelas keusahawanan yang dijalankan,beliau tidak mahir menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet.Selepas menghadiri kelas komputer dan kursus keusahawanan yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau kini mahir menggunakan komputer dan bijak melayari internet.Beliau kini pandai mempromosi produk secara online melalui facebook dan whatsApp.

 

KISAH KEJAYAAN SUKU 1 TAHUN 2016

CELIK ICT

  

Paulina Asy Gakoi merupakan pelajar SMK Sepulut.Sebelum beliau mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau didapati kurang mahir menggunakan Komputer dan juga tidak mahir melayari internet.Selepas menghadiri kelas Komputer yang diadakan beliau kini  mahir menggunakan Microsoft Word,Microsoft Excel,PowerPoint,dan sebagainya.Beliau kini pandai menggunakan emel,blog,facebook dan lain-lain.Kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong memudahkan lagi beliau mencari bahan-bahan rujukan dan membantu beliau menyiapakan kerja-kerja sekolah.Beliau juga seorang yang aktif mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,antaranya  ialah kelas komputer,kelas keusahawanan,Sukaneka,KDB,dan lain-lain.

 

USAHAWAN (BAJU PINONGKOLOH KAUM MURUT)

  

Puan Liza Zaini merupakan seorang usahawan secara kecila-kecilan yang mendapat bimbingan daripada petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong.Selepas menghadiri kelas komputer dan kelas keusahawanan yang diadakan,beliau kini memperoleh pengetahuan yang luas dalam bidang keusahawanan.Pada awal perniagaan beliau,ia hanya tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja seperti di kawasan kampung beliau sendiri.Jualan dan promosi produk hanya tertumpu kepada ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, dan adik-beradik sahaja.Selepas menghadiri kelas komputer dan kelas keusahawanan yang diadakan,beliau kini mahir menggunakan komputer dan mahir mempromosi jualan beliau secara online melalui facebook,whatsApp,instagram.dan sebagainya.Beliau kini dapat mempromosi produk beliau secara online secara cepat dan mudah serta dapat mempromosi jualan produk beliau secara meluas melalui facebook dan whatsApp.Hasil bantuan petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong,beliau kini dapat menjana pendapatan yang lumayan berbanding sebelum ini.Kini perniagaan beliau semakin berkembang maju dan dikenali ramai dan juga mempunyai ramai pelanggan.

 

USAHAWAN (PENIAGA MAKANAN TRADISIONAL SECARA KECIL-KECILAN)

  

Cathay Philip merupakan usahawan secara kecil-kecilan yang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Lotong.Sebelum menghadiri kelas komputer dan kursus-kursus yang dijalankan,beliau didapati kurang mahir menggunakan perisian komputer dan kurang mahir dalam bidang keusahawanan.Selepas menghadiri kelas dan kursus yang diadakan,beliau kini mahir menggunakan komputer dan mahir melayari internet.Ilmu pengetahuan beliau semakin luas dan bertambah selepas menghadiri kelas keusahawanan.Sebelum ini,beliau hanya menjual makanan tradisional secara kecil-kecilan sahaja di kawasan tertentu seperti di Tamu,Pasar berdekatan dan kedai runcit sahaja.Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan,beliau kini semakin maju dalam perniagaan yang diceburi.Beliau kini boleh mempromosi dan menjual jualan beliau di facebook,whatsApp,instagram, dan sebagainya.Beliau kini dapat mempromosi jualan secara online dan offline dan mendapat tempahan dan minat daripada orang ramai.Antara makanan tradisional yang dijual beliau ialah pucuk ubi kayu,tiopoh,tuhau,jeruk ikan dan jeruk daging,beras kampung dan sebagainya.