mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

KEUSAHAWANAN

 

Keusahawanan ialah aktiviti yang ditakrifkan sebagai seseorang yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan ataupun perkhidmatan dalam ekonomi yang diceburi.

 

USAHAWAN (PENIAGA KECIL-KECILAN CHEESE KEK)

 

Puan Luzinda Jarmie berasal daripada Kg Nalasaran,Sepulut. Beliau merupakan peniaga kecil-kecilan Cheese Kek di sekitar Mukim Sepulut,Nabawan. Beliau menceburi bidang ini sejak tahun 2015 dan kini perniagaan beliau dikenali umum di daerah Nabawan, Sook dan Keningau.

 

Perkhidmatan yang disediakan ialah:

 

  1. Menjual dan mengambil tempahan Cheese Kek
  2. Menjual dan mengambil tempahan kek 

 

Harga jual beli:

 

  1. RM10.00-RM30.00 (Cheese kek)
  2. RM50.00-RM100.00 (Kek) *Mengikut saiz dan bentuk

 

No HP/WhatAspp: 013 8546645

Facebook: https://www.facebook.com/luzindajarmie.hollyavvy

Alamat: Kampung Nalasaran,Mukim Sepulut,

                89950 Nabawan,Sabah.

 

   

         

Antara Cheese Kek dan Kek yang dijual oleh Puan Luzinda Jarmie

 

 

 

USAHAWAN (PENIAGA KECIL-KECILAN CENDAWAN TIRAM)

                 

Puan Mathyilda Binti Matusin merupakan usahawan cendawan kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut, Nabawan. Beliau menceburi bidang ini sejak tahun 2008. Kini perniagaan beliau mula dikenali di pelbagai daerah seperti daripada daerah Nabawan, Sook, Pagalungan, Keningau dan lain-lain.

 

Perkhidmatan yang disediakan ialah:

 

  1. Menjual Cendawan Tiram

 

Harga jual beli:

 

  1. RM3.00 (2Gram)
  2. RM15.00 (1Kg)

 

No HP/WhatsApp: 011 29954791

Facebook: https://www.facebook.com/mathyilda.matusin?pnref=friends.search

Alamat: Kampung Manduluh,Mukim Sepulut

               89950 Nabawan,Sabah.

 

  

     

Antara Cendawan Tiram yang dijual oleh Puan Mathyilda Binti Matusin

 

 

 

USAHAWAN (BAJU PINONGKOLOH KAUM MURUT)

                 

Usahawan yang terkenal di sekitar Kg Lotong,Mukim Sepulut ialah Puan Liza Zaini yang berasal daripada Kg Tumura. Beliau seorang yang kreatif dan inovatif dalam bidang andaman pembuatan baju tradisional suku Kaum Murut yang dikenali sebagai (Baju Pinongkoloh) yang boleh dipakai oleh kaum lelaki, kaum wanita dan kanak-kanak. Perniagaan ini bermula sejak tahun 2014. Beliau juga menyediakan perkhidmatan menjahit baju Melayu, baju kurung, baju kanak-kanak dan lain-lain.

 

Perkhidmatan yang disediakan ialah:

 

  1. Menjual baju tradisional (Pinongkoloh) kaum lelaki, kaum perempuan dan kanak-kanak
  2. Sewa baju tradisional
  3. Menjahit baju tradisional
  4. Menjahit baju Melayu, baju kurung dan sebagainya

 

Masyarakat yang selalu menempah baju pinongkoloh berasal daripada:

 

  1. Daerah Nabawan
  2. Daerah Tenom
  3. Daerah Sook
  4. Daerah Keningau

 

Harga beli dan deposit sewa ialah:

 

  1. Harga beli antara RM250.00 sehingga RM500.00 sepasang baju dan bergantung pada banyak manik-manik yang digunakan
  2. Harga sewa ialah RM100.00 sepasang baju dan perhiasan yang lengkap ialah RM200.00

 

No. HP/WhatsApp: 019 3408363

Facebook: https://www.facebook.com/liza.zaini?fref=ts

Alamat: Kg Tumura, Mukim Sepulut,

              89950 Nabawan,Sabah.

 

   

 

Antara pakaian tradisional (Baju Pinongkoloh) Kaum Murut yang siap dijahit oleh Puan Liza Zaini