Kemudahan asas yang terdapat di sekitar Kampung Lotong, Mukim Sepulut :
1. Sekolah Kebangsaan Lotong

Pengenalan:
Sekolah rendah kebangsaan yang pertama ditubuhkan oleh pihak kerajaan di Kampung Lotong. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Sungai Talangkai. Murid-murid yang datang ke sekolah ini ialah penduduk daripada Kampung Panabaan, Kampung Tumura, Kampung Padang, Kampung Balaron, Kampung Balaron Borok, Kampung Kahulangu, Kampung Kabubunut, Kampung Pulungan, dan juga Kampung Manduluh. Guru besar yang berkhidmat di sekolah ini ialah Puan Kasmah @ Quirins Binti William. Guru Penolong Kanan 1 ialah Encik John Samaan dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah Encik Dannycius Baginda.
Peranan :
- Tempat menimba ilmu pengetahuan.
- Menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran murid dalam sistem sosial masyarakat.
- Menambah dan meningkatkan pengalaman murid yang boleh memberi unsur-unsur nilai yang baik dalam pembangunan masyarakat.
2. Prasekolah Kebangsaan Lotong

Pengenalan:
Prasekolah ini ditubuhkan pada tahun 2003 di Kampung Lotong. Guru yang bertugas ialah Puan Mariani Binti Ebit dan dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid iaitu Cik Linda Ensim. Jumlah murid di prasekolah ini ialah 25 orang sahaja.
Peranan :
- Memperkayakan lagi pengalaman kanak-kanak dari kelas sosio-ekonomi.
- Mengenali kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki darjah 1.
- Memperbaiki lagi persediaan pembelajaran yang lengkap.
3. Tabika Kemas Kampung Lotong

Pengenalan:
TABIKA ini ditubuhkan pada bulan Mac 2011 di Kampung Lotong. TABIKA ini tidak mempunyai bangunan sendiri tetapi telah menumpang di rumah tumpangan Kampung Lotong. Guru yang bertugas ialah Cik Jeanieva Binti Jainip dan dibantu oleh Puan Masrinah Lauk. Jumlah murid di TABIKA ini ialah 15 orang.
Peranan :
- Menggalakan perkembangan sosial,emosi,intelek, dan rohani kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.
- Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas ( MEMBACA,MENULIS,MENGIRA ) sebagai persediaan ke alam persekolahan.
- Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran.
4. Gereja

Pengenalan:
Gereja ini ditubuhkan pada tahun 2000 di Kampung Lotong. Gereja ini dinamakan GEREJA YESUS BENAR. Penguasa gereja ini ialah Encik Day Bin Linaun. Disediakan untuk penganut agama Kristian untuk menunaikan ibadah mereka. Gereja ini dibuka pada hari Sabtu iaitu pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari.
5. Padang Bola Awam

Pengenalan:
Padang utama yang terdapat di Kampung Lotong. Padang ini sangat luas dan bersesuaian dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.Penduduk Kampung Lotong dan juga penduduk daripada kampung yang lain akan menggunakan padang ini sebagai tempat bermain bola sepak pada waktu petang.
6. Astaka

Pengenalan:
Astaka yang disumbangkan oleh pihak kerajaan kepada penduduk Kampung Lotong. Astaka ini terletak di tepi padang bola sepak dan berhampiran dengan Sungai Talangkai. Astaka ini digunakan sebagai tempat menonton permainan bola sepak, tempat beristirahat dan sebagainya.
7. Balai Raya

Pengenalan:
Balai raya ini mempunyai 2 buah bangunan yang luas dan besar. Bangunan ini digunakan oleh penduduk Kampung Lotong sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti tempat bermesyuarat, perhimpunan penduduk kampung, perkahwinan, pelaksanaan majlis-majlis rasmi, tempat penginapan sementara dan sebagainya.
8.Bangunan Yayasan Sabah

Pengenalan:
Bangunan ini adalah bangunan yang ditinggalkan oleh pihak Yayasan Sabah pada masa dahulu, ketika beroperasi di Kampung Lotong. Kini, bangunan ini dijadikan sebagai tempat penginapan sementara kepada mereka yang memerlukan.
9. Sekolah Menengah Kebangsaan Sepulut

Pengenalan:
Sekolah Menengah Kebangsaan Sepulut ditubuhkan pada tahun 2000 di Mukim Sepulut. Sekolah ini terletak kira-kira 6 KM daripada Pusat Internet Kampung Lotong. Pengetua yang berkhidmat di sekolah ini ialah Encik Osman Bin Aganduk.
10. Masjid As-Syahadah

Pengenalan:
Masjid ini ditubuhkan pada tahun 2003 di Kampung Padang, Mukim Sepulut. Masjid ini terletak kira-kira 3 KM daripada Pusat Internet Kampung Lotong. Masjid ini digunakan sebagai tempat menunaikan ibadah oleh penduduk sekitar Mukim Sepulut yang beragama Islam.
11. Perpustakaan Desa Kampung Sepulut

Pengenalan:
Perpustakaan Desa Kg. Sepulut ditubuhkan pada 19 Jun 2006. Terletak kira-kira 7 KM daripada Pusat Internet Kampung Lotong. Perpustakaan ini berperanan sebagai gedung ilmu dalam pencarian maklumat dan bahan bacaan masyarakat setempat. Kedudukan perpustakaan ini adalah strategik kerana terletak berhampiran dengan sekolah, klinik ,dan kawasan perkampungan. Petugas yang bertugas di perpustakaan desa ini ialah Puan Tujoh Binti Philip dan dibantu oleh Puan Rosdiah Lindong.
Masa Operasi :
Isnin – Jumaat : Pukul 8.30 pagi – 4.30 petang
Sabtu : 9.00 pagi – 1.00 petang
Ahad dan Cuti Umum (TUTUP)
12. Klinik Kesihatan Sepulut

Pengenalan:
Klinik Kesihatan Sepulut ditubuhkan pada tahun 2004 di sekitar pedalaman Mukim Sepulut. Klinik ini disediakan untuk kemudahan penduduk khususnya penduduk kampung yang berada di sekitar Mukim Sepulut. Penubuhan klinik ini sangat penting untuk meningkatkan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Klinik ini juga menyediakan perkhidmatan penting dalam aspek pencegahan penyakit dan rawatan ringan khususnya kepada ibu dan kanak-kanak. Jarak Klinik ini daripada Pusat Internet Kampung Lotong ialah kira-kira 8 KM.
Masa Operasi : Isnin-Khamis ( 8.00 pagi-1.00 petang)
: Jumaat ( 8.00 pagi-11.30 pagi)
( 2.00 petang-5.00 petang)
: Sabtu / Ahad / Pelepasan AM ( Cuti ) *Dibuka untuk kecemasan sahaja