Keusahawanan – Pn. Rosna Binti Onsomok
|
Nama : Rosna Binti Onsomok Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Puan Rosna mula menceburi bidang ini sejak tahun 2013. Beliau menjual produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut. Beliau juga mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM30.00-RM50.00 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet. Beliau memiliki whatsapp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00-RM150.00 sebulan.
Keusahawanan – Pn. Sibylla Binti Ambiang
|
Nama : Sibylla Binti Ambiang Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Puan Sibylla mula menceburi bidang ini sejak tahun 2013. Beliau menjual produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut. Beliau juga mengambil tempahan dan menjual produk mengikut harga yang ditetapkan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM30.00-RM50.00 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet. Beliau memiliki whatsapp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00-RM150.00 sebulan.
Celik ICT
|
Nama : Semiecyeh Binti Sapiring Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Adik Semiecyeh merupakan pelajar SMK. Sepulut yang berumur 14 tahun. Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Lotong, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Tetapi, sejak kewujudan PI Kg Lotong, adik ini kini pandai menggunakan komputer dan melayari internet.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di PI Kg Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Semiecyeh mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Kini, adik Semiecyeh tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PI Kg Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton youtube dan melayari internet.