mcmc
Penyakit HFMD

Kesihatan

 

Klinik Kesihatan Sepulut

 

PENGENALAN

        Peranan institusi kesihatan seperti Klinik Kesihatan Desa amat penting dalam meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup dalam kalangan masyarakat. Ini kerana institusi ini berperanan menambah paradigma dan amalan hidup masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar dan pinggir bandar serta mempunyai latar belakang sosial ekonomi rendah.

         Klinik Kesihatn Sepulut merupakan sebuah fasiliti kesihatan yang terletak di bahagian pedalaman Sabah. Perhubungan untuk sampai ke klinik ini adalah dengan menggunakan jalan raya berturap yang telah siap dibina pada tahun 2004. Di Mukim Sepulut, terdapat lebih kurang 30 buah kampung dan terdapat juga sebuah sekolah menengah iaitu SMK Sepulut yang berhampiran dengan klinik ini. Pemandangan yang indah dan menarik boleh dilihat daripada bangunan klinik ini kerana ia terletak di atas bukit. Kita juga boleh melihat pemandangan kawasan-kawasan kampung yang berhampiran.

         Klinik Kesihatan Sepulut telah dibina pada penghujung 80-an dan telah dibuka pada tahun 1991 untuk memulakan operasi. Penolong Pegawai Perubatan merupakan orang yang terpenting bagi menjaga klinik ini di samping kakitangan-kakitangan sokongan yang lain. Klinik kesihatan Sepulut menyediakan perkhidmatan ambulans yang mana digunakan untuk menghantar pesakit ke hospital yang terdekat. Selain itu, Klinik Kesihatan Sepulut juga mengadakan klinik bergerak dan kem perubatan di bahagian Batu Punggul. Pelbagai aktiviti kesihatan dijalankan di klinik ini seperti melibatkan masyarakat setempat dalam penjagaan kesihatan mereka dan keluarga.

 

Kemudahan dan Perkhidmatan :

  1. Klinik Ibu Mengandung.
  2. Klinik Kanak-kanak dan Imunisasi.
  3. Jagaan Selepas Bersalin dan Perancang Keluarga.
  4. Perbidanan di Rumah.
  5. Pusat Bersalin Alternatif (di Klinik Kesihatan tertentu sahaja).
  6. Rawatan Pesakit Luar (OPD) – di Klinik Desa bagi rawatan kes-kes ringan sahaja.
  7. Klinik Warga Sihat.
  8. Unit kecemasan

 

WAKTU OPERASI

 Isnin – Khamis :

SESI PAGI          : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

SESI PETANG    : 2.00 petang – 4.30 petang

Jumaat :

SESI PAGI        : 8.00 pagi – 11.00 pagi

SESI PETANG  : 2.00 petang – 4.30 petang

Hari : Sabtu – Ahad

8.00 pagi – 11.00 malam (Extended Hours