|
Tarikh : Oktober 2018 Masa : 2.00 – 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Kg Lotong |
Tujuan
Kelas ICT disertai oleh pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah bertujuan membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ICT.
Aktiviti
Para peserta diberi latihan menaip untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka dalam mempelajari microsoft office seperti powerpoint dan word. Aktiviti Klik Dengan Bijak juga disertai oleh pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah yang bertujuan untuk mendidik agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.