Keusahawanan – Pn. Elin Ensim
|
Nama : Elin Ensim Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Peniaga kecil-kecilan Kedai Makan
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Puan Elin Ensim adalaah seorang pengusaha kedai makan secara kecil-kecilan di Kg. Lotong. Beliau menceburi bidang ini sejak tahun 2017. Sebelum mengikuti kelas komputer beliau didapati kurang mahir dalam bidang ICT.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini pandai menggunakan komputer dan dapat mempromosikan jualan melalui aplikasi WhatsApp, Facebook dan MyShop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti.
Keusahawanan – Pn. Saidah Binti Kondong
|
Nama : Saidah Binti Kondong Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Peniaga kecil-kecilan Keladi
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Puan Saidah Binti Kondong ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mengisi masa lapang dengan menanam dan mengusahakan kebun keladi beliau sejak tahun 2017. Beliau menjual keladi secara kecil-kecilan di sekitar Mukim Sepulut serta mengambil tempahan dan menjual produk secara lisan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini pandai menggunakan komputer dan dapat mempromosikan jualan melalui aplikasi WhatsApp, Facebook dan MyShop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti.
Celik ICT
|
Nama : Marshieladianty William Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Marshieladianty William bersekolah di Sk Lotong.Tahap pengetahuan adik ini dalam bidang ICT adalah pada tahap yang sederhana.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Kg. Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah pada tahap sederhana dan kurang mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Kini, adik ini tahu menggunakan komputer dan rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh Pusat Internet Kg. Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint yang memudahkan beliau menyiapkan kerja sekolah. Adik ini juga pandai mencari maklumat secara online untuk membuat rujukan, menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.