Keusahawanan – En. Zerah Bin Johnny
|
Nama : Zerah Bin Johnny Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Pengusaha kecil-kecilan kolam ikan Tilapia. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2013. Beliau menjual ikan Tilapia dan anak ikan Tilapia serta mengambil tempahan dan menjual mengikut harga yang ditetapkan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau menjual dan mempromosi jualan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau juga kurang mahir dalam bidang ICT. Jumlah pelanggan bulanan seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet Kg. Lotong, beliau kini pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet dengan baik. Beliau boleh mempromosi jualan melalui facebook, WhatsApp dan Myshop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Jualan beliau mendapat sambutan daripada komuniti sekitar dan pendapatan beliau semakin bertambah.
Keusahawanan – En. Herykson Siangon
|
Nama : Herykson Siangon Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Encik Herykson Siangon adalah pengusaha kecil-kecilan kedai cuci kereta di Kg. Lotong, Mukim Sepulut. Beliau mula menceburi bidang ini sejak tahun 2017. Beliau menyediakan perkhidmatan mencuci kereta mengikut harga yang ditetapkan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau mempromosi perkhidmatan secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja. Beliau kurang mahir dalam bidang ICT. Jumlah pelanggan bulanan seramai 2 orang sehingga 3 orang.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan di Pusat Internet Kg Lotong, beliau kini pandai menggunakan komputer dan dapat mempromosikan jualan melalui aplikasi WhatsApp, Facebook dan MyShop yang terdapat dalam aplikasi Dashboard Komuniti. Pelanggan beliau semakin ramai dan mendapat sambutan daripada komuniti sekitar.
Celik ICT
|
Nama : Fardillah Ali Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Fardillah Ali merupakan pelajar SMK Sepulut. Sebelum adanya Pusat Internet Kg. Lotong, tahap pengetahuan adik ini dalam bidang ICT adalah pada tahap sederhana dan tidak pandai menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Kg. Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan bidang ICT adalah pada tahap sederhana dan kurang mahir menggunakan Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dan sebagainya. Selain itu, tahap pengetahuan adik ini berkaitan dengan keselamatan penggunaan internet adalah sangat membimbangkan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Kini, adik ini tahu menggunakan komputer dan rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh Pusat Internet Kg. Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint yang memudahkan beliau menyiapkan kerja sekolah. Adik ini juga pandai mencari maklumat secara online untuk membuat rujukan, ulangkaji pelajaran, berhubung dengan rakan-rakan melalui facebook dan sebagainya.