|
Tarikh : 06-23 March 2023 Masa : 09:00 Pagi-12:00 Tengahari & 2:00-4:00 Petang Tempat : PEDI Kg Lotong |
Tujuan
Kelas ICT diadakan dan disertai oleh pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah bagi meningkatkan lagi pengetahuan serta kemahiran mereka dalam bidang ICT, Bukan sahaja itu, Kelas Keusahawanan juga disertai bagi remaja dan juga usahawan-usahawan.
Aktiviti
Latihan bagi kelas usahawan dibuat bagi memudahkan lagi usahawan-usahawan meningkatkan kemahiran yang ada di sekitar sepulut ini, Selain itu, Latihan Menaip diadakan bagi pelajar-pelajar mengetahui cara menaip untuk kegunaan mereka juga, digunakan untuk membuat laporan sekolah atau sebagainya. Bukan sahaja itu Pedi Kampung Lotong juga membuat kelas belajar painting ini agar pelajar-pelajar sekolah rendah mengetahui cara menggunakan painting dalam komputer.Seterusnya kursus teknologi pemprosesan berasaskan nenas yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Nabawan yang diadakan di Pedi Kampung Lotong.Klik Dengan Bijak juga diadakan agar peserta mengetahui lebih lagi mengenai klik dengan bijak agar mereka tidak terpengaruh untuk mengklik secara sembarangan. Akhir sekali, peserta belajar cara membuat powerpoint dimana ini juga dapat digunakan jika mereka ingin membentang laporan dengan menggunakan power point.