mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 1 2022

Celik ICT 

Nama   :  Richmond Pesly Gakoi

Ahli      : 2015

 

Latar Belakang

Adik Richmond Pesly Gakoi merupakan pelajar SMK Sepulut. Sebelum mengikuti kelas ICT, adik Richmond tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Jarak Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Lotong dari rumah adik ini hanya 3 minit berjalan kali dan adik Richmond menggunakan peluang yang ada untuk berkunjung ke PEDi Kg Lotong untuk mengikuti kelas ICT dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Sebelum mengikuti kelas ICT di PEDi Kg Lotong, pengetahun adik Richmond berkaitan dengan komputer adalah ditahap yang sederhana. Oleh itu, adik ini mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam penggunaan komputer dan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Adik Richmond kini tahu menggunakan komputer dan melayari internet setelah rajin melibatkan diri datang ke kelas ICT yang diadakan oleh PEDi Kg Lotong. Selain itu, adik ini juga boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint, mendengar lagu melalui youtube, mewarna online dan mencari maklumat berkaitan pelajaran.