|
Tarikh : 07 – 23 Mac 2022 Masa : 2.30 petang – 4.30 petang Tempat : PEDi Kg Lotong |
Tujuan
Kelas ICT diadakan dan disertai oleh pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam bidang ICT.
Aktiviti
Para peserta diberi latihan menaip untuk meningkatkan tahap pengetahuan mereka dalam mempelajari Microsoft Office. Kelas Pengenalan Kepada Komputer juga diadakan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam bidang ICT. Aktiviti Klik Dengan Bijak untuk mendedahkan para pelajar dan komuniti agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Selain itu, kelas keusahawanan juga diadakan untuk meningkatkan kemahiran pada setiap usahawan sekitar Mukim Sepulut.