Celik ICT
Nama : Azvella Azfierra Binti Alwin Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Adik Azvella merupakan pelajar SMK. Nabawan II. Sebelum mengikuti kelas ICT di PIK Kg Lotong, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Adik Azvella menggunakan peluang yang ada untuk terus berkunjung ke PIK Kg Lotong untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan secara percuma dan rajin melibatkan diri mengikuti aktiviti yang diadakan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK
Sebelum mengikuti kelas ICT di PIK Kg Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Azvella mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK
Kini, adik Azvella tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PIK Kg Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton youtube, melayari internet, menggunakan aplikasi canva.com, mewarna online, menggunakan aplikasi Word Search Puzzles secara online dan menggunakan aplikasi Uptoten game yang berunsurkan pendidikan. Adik Azvella juga terlibat dengan kelas tuisyen yang diadakan secara online di PIK Kg Lotong.
Keusahawanan – Pn. Saini Binti Ensim
Nama : Saini Binti Ensim Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Puan Saini mula menceburi bidang membuat Saging dengan menggunakan bahan -bahan seperti rotan dan tali plastik sejak tahun 2019. Beliau mempromosi produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar kampung sahaja. Beliau juga mengambil tempahan daripada orang ramai mengikut harga yang ditetapkan. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang baik dari komuniti setempat kerana mampu menyiapkan produk dengan cepat dan mempunyai harga mampu milik. Produk yang dihasilkan sangat memuaskan hati pelanggan kerana beliau mampu menghasilkan bermacam-macam saiz dan warna saging yang sangat menarik dan unik.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK
Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM15.00-RM50.00 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK
Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PIK Kg. Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet. Beliau memiliki whatsapp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00-RM150.00 sebulan.