mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku 3 2021

Celik ICT

Nama  :  Masroy Bin Markus

Ahli     :  2015

 

Latar Belakang

Adik Masroy merupakan pelajar SK. Lotong. Sebelum mengikuti kelas ICT di PIK Kg Lotong, adik ini tidak pandai menggunakan komputer dan tidak pandai melayari internet. Adik ini juga tinggal berhampiran dengan PIK Kg Lotong iaitu kira-kira 5 minit sahaja untuk sampai ke PIK. Disebabkan tinggal berhampiran dengan PIK Kg Lotong, adik Masroy menggunakan peluang yang ada untuk terus berkunjung ke PIK untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan secara percuma dan rajin melibatkan diri mengikuti aktiviti yang diadakan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK

Sebelum mengikuti kelas ICT di PIK Kg Lotong, pengetahuan adik ini berkaitan dengan penggunaan komputer adalah di tahap yang sederhana. Oleh itu, adik Masroy mengambil kesempatan mengikuti kelas ICT yang diadakan untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam penggunaan komputer dan melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK

Kini, adik Masroy tahu menggunakan komputer setelah rajin melibatkan diri untuk datang ke kelas komputer yang diadakan oleh PIK Kg Lotong. Beliau boleh menggunakan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Selain itu, adik ini juga pandai menonton youtube, melayari internet, menggunakan aplikasi canva.com, mewarna online, menggunakan aplikasi Word Search Puzzles secara online dan menggunakan aplikasi Uptoten game yang berunsurkan pendidikan.

 

Keusahawanan – Pn. Rieana Binti Anjun

Nama  : Rieana Binti Anjun

Ahli     : 2016

 

Latar Belakang

Puan Rieana mula menceburi bidang mewarna dan mendandan rambut sejak tahun 2020. Beliau mempromosi produk beliau secara kecil-kecilan di sekitar kampung sahaja. Beliau juga mengambil tempahan daripada orang ramai mengikut harga yang ditetapkan. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang baik dari komuniti setempat kerana menyediakan perkhidmatan rumah ke rumah selain menjalankan perniagaan Salon di rumah sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PIK

Beliau tidak mahir dalam bidang ICT dan kurang pengetahuan dalam melayari internet. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50-RM100.00 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 2 orang sehingga 3 orang sahaja. Produk yang dihasilkan dipromosi secara lisan dan hanya tertumpu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PIK

Selepas mengikuti kelas komputer dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PIK Kg. Lotong, beliau kini sedikit sebanyak pandai dalam bidang ICT dan boleh melayari internet. Beliau memiliki whatsapp yang membantu memasarkan hasil produk dengan mudah dan cepat. Beliau juga mempunyai akaun facebook dan mahir untuk mempromosikan produk beliau dengan menggunakan laman facebook tersebut untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan beliau. Pelanggan beliau semakin ramai dan produk yang dihasilkan mendapat sambutan dari komuniti setempat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100.00-RM200.00 sebulan.